U are the best!!

Tuesday, April 9, 2013

aku dan kalian ^^

mula abg long balik..pastu kak ngah balik..
hari ini abg teh dan abg chik pulang
tinggal aku dan adik kecik itu aina je
T__________________T


aku terpernah terpikir kami akan jadi adik beradik
semua terjadi terlalu pantas
mungkin kami ada persamaan
dan masing-masing boleh menegur masing-masing

ini lah KAMI

tengok dalam pic ni pun dah tahu kami berbeza...
hahahha..


kak yong : 
aku la tu..dah paling tua..perlula..haha...nak buat mcm na lagi..aku?xdak apa nak cerita pasal aku pun :P
abg long: 
aku pun xpasti kenapa dia jadi abg long...mgkn sbb botak kot..hahaha...tp dia pandai main squash..atletla katakan..nama sebenar shidi..selain itu,dia ada bakat memain gitar dan mencipta lagu. :)..nak dgr lagunya g fb dia ye....jiwang sgt...adik beradik dia paling hensem.. adik beradik cakap muka dia iras2 artis indon..hahahha....ok la kan...?
kak ngah:
 bertudung labuh tp ada keistimewaan sendiri.seorang yg sangat rajin.tp selepas jadi adik baru tahu perangai sebenar..hahahah..ada bakat terpendam...suka memasak....ilmu agama yg alhamdullilah dpt membimbing kami adik beradik ni..hahaha..nama dia mainah...pesanan dia kepada adik-beradik.
"ingat ALLAH"..
abg chik: 
dalam pic kat atas berbaju belang hijau...nampak mcm tu tapi dalam adik beradik bagi aku dia paling flexible..maksud flexible ni..dunia dan akhirat sangat seimbang...bg aku la..org lain aku xtau..dia pandai  main bowling padang, seorang presiden yg disayangi oleh semua pelajar diploma UMT..seorang yg positif...suka menyanyi..tp semua lagu dia akan bawak style nasyid..heheh..jgn marah yoe..hahahah...
abg teh:
aku xpernah rapat dengan abg teh seperti aku rapat yg lain tp bila dah jadi adik beradik tak sangka abg teh paling kelakar dan xsangka dia akan keluarkan ayat-ayat yang tak disangka..hahahaha...suka makan sayur terutama kangkong..hahaha...suka nyanyi lagu rentak rancak tp kalo dtg mood jiwang perghh...terlebih jiwang......pandai main bowling padang...ada gf...kak teh..hahaha..jgn marah ye kak teh...nama abg teh faiz...
adik a.k.a aina
dulu aku tengok dia ni mcm suka dok sorng2...lagu yg dia suka xsama ngn kami..tp sejak dok ngn aku..aku basuhkan dengan lagu2 kegemaran aku..kira okla...hahah..dia xsuka nyanyi tp akan ikot je mana kami pergi..makan xkuat tp suka coolblog terutama bubble..hahahah...ramai peminat...tapi xlayan..suka main piano...

ini je aku leh describe diorng...diorng buat aku ketawa..sekarang diorng sedang bercuti..aku harapkan mereka sihat dan kembali belajar untuk sem hadapan. kenyataannya aku tak pernah ada adik..Allah telah meminjamkan mereka kepada aku..wlpun kami bukan adik beradik yg sama ayah dan mak tapi kami ttp bersama walaupun berbeza..

kepada adik-adikku:

belajarlah rajin-rajin
aku tiada harta
aku tiada wang
untuk berikan kepada kalian
utk membalas jasa kalian
aku hanya mampu doakan kalian
berjaya dunia dan akhirat

dan
masakanku pengikat kasih sayang kita
(jiwang jap..hahaha)


:AKURINDUMEREKA:


kepada semua adik-adikku yang lain
ilmu cahaya hidup
dengan ilmu kita akan berjaya 
( ^____^)

Thursday, February 28, 2013

maaf...aku kuat!

pernah tak korang ditimpa pelbagai masalah?
tak kisah la masalah cinta?
masalah kewangan?
masalah kena kutuk ke?
masalah belajar?

bagi aku semua orang ada masalah
tapi cara kita menangani masalah itu
yang akan membuatkan kita semakin kuat
jangan hirau apa org cakap selagi kita tak bersalah
sebab apa?
biarlah di mata manusia kita salah
tapi pada ALLAH kita betul
mana satu pilihan?
maka pilihla....

maaf..
aku akan kuat
aku takkan akan sentiasa kuat untuk menghadapi dugaan
kerana aku ada ALLAH... :)

Sunday, December 9, 2012

aku bertuah ^^

lamanya tak update blog
dah bersarang blogku ini
sebenarnya aku rasa aku ni sangat bertuah
kenapa?
aku selalu dapat g berjalan-jalan ke luar negara
bersyukur sangat diberikan peluang

aku dapat ke luar negara semasa tingkatan 3
bayangkan masa tingkatan 3 dah dapat g negara org
negara pertama aku g
SEPANYOL
masa tu aku mewakili malaysia dalam 
FESTIVAL MUZIK ANTARABANGSA
wakil MALAYSIA
mmg banggala time tu kan...
hehehe

sebelum g SEPANYOL singgah jap LONDON
tapi tak ada picture plak..
so ok la kan... :)

 ini pic masa kt spain 2002.. 
(jgn tnya nape aku kurus time ni...ohohoho)

pastu dimurahkan rezeki lagi
jadi felo kolej kediaman
dapat g INDONESIA 
BANDUNG-JAKARTA
best dapat g ngn team MKK n PKP
tahun 2011
 ini pic bersama Felo ATT 
bukan BF sy
hahahahaah

2012
aku g KOREA
ini bersama team MPP aku
team paling best kot.
hahahaha...
biarla aku je tau best ke x..
kakakah

so kesimpulannya 
aku amat bersyukur dan berterima kasih kepada
yg memberikan aku peluang
untuk mengembara tempat-tempat
di luar negara.

terima kasih semua :)

Tuesday, October 2, 2012

rakyat jelata?

rakyat jelata?
mmgla selama ni aku rakyat jelata pun
hahaha...
bukannya tuan puteri
kan2???

sebenarnya
nak gtau aku dah tak tamak kuasa
kuasa aku dah hbs..
ahahaha..
kuasa apa lakan?
kuasa samurai!
selepas makan burger samurai MCD...
opppsss..
merepek sudah..

pa2 pun aku sudah tidak terikat dengan mpp lagi..
rindu?
adalah..mst rindu..
mpp paling lama dalam sejarah mpp
1thn 7bln..
lamakan?
kalo ada anak dah besar pun...
leh jalan2 lagi..
kikikikih....

apa-apa pun
tahniah...


Thursday, July 19, 2012

21 Julai...

21 Julai 2012
bersamaan 1 Ramadhan 1433H
alhhamdullilah
diberikan kesempatan pada tahun ini..
syukran...




21 Julai 2012
juga
merupakan tarikh kelahiranku
terima kasih kepada mak n abah 
kerana sudi membesarku
sehingga cukup besar dah ni...
hahahaha..
umur?
adalah..masih muda..
hihihi....

semoga ramdhan tahun ini
memberi erti...perubahan kepada diri ini...
untuk menjadi manusia yang lebih bersabar
lebih menghormati...
lebih..lebih...lebihla....
(tapi berat badan kena kurang..huhuhu)
insyaallah...


p/s:maafkan saya jika ada salah dan silap :)


Wednesday, July 11, 2012

K.A.M.I

KAMI ADA MASA ITU :p

pulau pinang
tempat kelahiranku
kedah 
tempat mendidiku


hehehe...itu mukadimah je...hahaha
ok...ritu aku bawak anak2 g jalan
anak?bila masa plak...hahaha...ok2...silap adik2ku...
g penang...tempat kelahiran ku...

g seramai 40 peserta
pertama kali bawak peserta seramai ini...
hehehe...


 padang kota lama
 kem tentera banting
 muzium tunku fauziah, USM
 Fort Cornwallis
 penang hill
institut penyelidikan perikanan, pulau pinang


kenangan terindah
takkan dilupakan
walaupun penat
kami tetap tersenyum

terima kasih kepada semua yang terlibat
terima kasih kerana membuli aku..
hahahaha..

aku sayang korang ^^

p/s:next KLCC...

Wednesday, June 13, 2012

Dendam telah wujud!

aku sedih bila mereka sedih
selama aku hidup di bumi Allah
aku xpernah membuatkan mereka menangis
tapi manusia yang bongkak, sombong, dan tak pernah memikirkan setiap kata-kata yang dikeluarkan
telah membuat mereka menangis
aku BENCI!
aku BENCI dengan kelakuan mereke
aku DENDAM...

aku redha 
ini dugaan kami
aku redha
tapi BENCI dan DENDAM aku 
untuk selamanya kepada mereka yang telah membuat
orang yang aku sayang menangis...................

DENDAM dan BENCI
dalam diri ini 
kerana mereka..................
mereka yang mengajar aku!

Saturday, April 7, 2012

holiday?no way!!!

ooohhh tidakkkk....
blok IJ sekarang sunyi sepi...
ada pun 2-5 bilik je ada orang ..
yang lain semua 
HOLIDAY
aku??
tak ada HOLIDAY sehingga aku siapkan paper n thesis aku ni...
so xdakla nak balik umah...
huhuhu...sedih2...

so sekrang sedang berperang dengan keyboard la

menulis je..tp main game pun ada..hahahaha

sekarang ini aku nak siapkan 3 paper yang telah disemak dan di ubah suai oleh maeq chai..thank u so much...hehehehe

tak pe la saya tak balik sebab saya nak hantar thesis sy hujung bulan ini
semoga ALLAH S.W.T mempermudahkan urusan hambamu ini
amin..insyaallah..

sambil2 dok menulis paper aku duk dgr doa solat dhuha.
baru nak hafal..
pa la nak jadi kan...hahahaa
tp xsalahkan nak berubah?
btul x?
zaman sekarang ni bnyk lagu-lagu nasyid menggunakan doa..
jd cepat sikit nak hafal..so bila dah hafal tu leh la kita solat dhuha dengan baik dan istiqomah...
insyaallah...


ha...sambil tu gak.. maeq chai gorengkan aku karipap dan buatkan aku kopi perdana...
kopi perdana?
kopi apa tu???
hehehe
kopi ini nama dia kopi perdana...
kopi ini keluaran pakcik aku bersama parent aku..
so kira family punya jgk la..
ak ambik kt umah aku ja.
sapa2 nak try mai la bilik..
leh bg rasa..
maeq chai suka minum oooo
hahaha...
jgn marah ye...

mst korang pelikkan?

dr atas sampai bawah nama maeq chai je aku sebut
mcm na aku xsebut
dia ja kawan,junior,mastermate aku
dia baik ooo...
kan maeq chai kan.??
hahahaha...

dah2..melalut dah..
kepada warga umt yg bercuti tu sila la habiskan masa anda bersama keluarga anda..
sygilah mereka selagi mereka ada. :)
dahla nak sambung tulis paper balik..
dateline dah dekat dah..sok kot..hahaha
 ^^

p/s:jom siapkan kerja!!!^^

Monday, March 12, 2012

my shop

saya dah ada shop
bersama dengan Maeq Chai.
kawan baik saya..

nama kedai kami

facebook link

setakat ni kami hanya jual untuk pelajar umt je...
tapi if ada orang luar dari umt nak boleh je
itu kira postage sekali la...
macam orang lain buat...
hehehe..


bisness bukanla benda utama saya
saya masih mengejar cita-cita..
bisness hanya sampingan sementara ini
masih cita-cita idaman akan diburu...

thank u to all yang support kami...
LOVE U! ^^

Wednesday, March 7, 2012

aku wanita biasa

aku wanita biasa
aku ingin berjaya
aku ingin merasa bahagia
aku ingin gembira

aku wanita biasa
aku punya perasaan
aku punya hati
aku punya jiwa

aku wanita biasa
aku tidak bagus
aku tidak mampu
aku tidak dapat bertahan
tatkala dugaan menimpa
namun aku ttp hadapi dengan senyuman


aku wanita biasa
aku punyai akal
aku punyai otak
aku punyai ilmu
walaupun tidak banyak aku ttp ada ia
gunakan ia sebaiknya...

aku wanita biasa
aku tidak cantik
aku tidak kurus
tapi aku bersyukur dengan semua ini

aku wanita biasa
tolong fahami aku
tolong mengerti aku
aku hanya wanita biasa


mesti korang fikir..
tiba2 mengarang sajak..tp ni sajak ke?
lehlakan?
ada bakat x?
ni bakat terpendam ni....
hahahaha....
sebenarnya stress tgk tesis..paper..dll.
sbb tu tulis..
sebenarnya nak panjang g tp mcm akan ke laut je...



p/s: aku hanya wanita biasa... :)

Saturday, February 11, 2012

Cinta itu indah^^



pernah xkorang rasakan cinta?
rasa ingin disayangi.?
rasa ingin menyayangi?
aku?
hahahaha.....

biarlah rahsia

:)


sekarang aku tengah layan semua filem cinta berdasan agamaku...
iaitu ISLAM...
semoga cintaku juga berdasarkan agamaku...
amin...
jom tonton kepada yang belum tonton lagi
luangkan masa menonton ye :)
BESSSSST!








sekarang tengah menggilai menonton cinta yang berlandaskan ISLAM...sungguh indah cinta itu....
semoga cinta yang allah berikan kepada ku dan umat islam adalah cinta yang berlandaskan ISLAM.....
^^
------------------------

setakat ini..ini la cerita yang dah aku tengok...ada lagi x?if ada bgtau ye....
seronok juga sekali sekala menonton selain cerita 
JEPUN, KOREA, HOLLYWOOD 
dan 
MALAYSIA MOVIE!



p/s:hero dalam semua cerita diatas hensem bangat!!! ^^

Wednesday, January 4, 2012

aku baca buku ini!

Selamat tahun baru 2012...
bnyk yang dah jadi sepanjang 2011..
so mst ada yg baik..buruk..dan lain2 lagi....
dan banyak pengalaman yang mengajar kita 
erti hidup ini...
so 
HARGAILAH 
setiap yang berlaku pada 2011 kerana ia tak kan terulang lagi...
cukup2 kot aku buat mukadimah dah...
hahahaha....

aku ni jarang baca buku motivasi
buku mcm na nak uat ini..
nak uat itu...
mmg ssh sikitla....
tapi untuk aku menulis tesis aku ni
aku ada beli buku 

HOW TO WRITE THESIS

perghhhh...pertama kali aku beli buku mcm ni...
novel selalu la aku beli...ni buku ilmiah mcm motivasi gitu....
lalalalala...
pttla ilmu aku kurang...dah kurang baca..aihsssshhh...
xpe2..tak terlambat lagi untuk aku 
MEMBACA
buku ini menceritakan mcm na nak tulis tesis dan juga journal.
dari ABSTRACT sampaila CONCLUSION
so ada benda baru yg aku baca
bahasa penulisannya takla guna bahasa inggeris yg ssh difahami
(jika xfaham gnla KAMUS...jgn malas utk belajar..hehehe)
so wlpun xhbs bc g aku phmla...
apa yg tertulis dah aku tgh praktikkan utk tulis 
PAPER N THESIS 
aku sekrng ni....

SEMOGA AKU MAMPU MENULIS PAPER N THESIS YANG TERBAIK!



P/S:beli ketika di AYRC Conference 2011


Wednesday, December 14, 2011

what happen to me???

wah...dah lama kot xmenulis dalam blog aku ini...nak kata berabuk...xkot...sbb dok dalam laptop..mcm na nak berabuk...hihihi....skrng jam menunjukkan 4.44 pg...aih.mata xleh nak tido g ni...maeq chai telah tido dengan jayanya....hehehe....sepangjang minggu ni macam jadila...n mcm2 plak yang akan event akan berlaku...tp semalam something happen to me....what???what???what???sabarla..nak cterla ni......

WHAT HAPPEN TO ME??????

pa yg berlaku ye???hurmm.....aku g makan ngn izzah n mazzaid di satu kedai..(xperlu tahu la kedai mana) sbb xdak kene mengena sgtla.... hahaha...after balik tu terus g opiss mpp...sbb rini kelab kt umt nak hntr borang makep 2011....so aku pun uat kerje dgn jayanya la...BUT.....SOMETHING HAPPEN TO ME.....

AKU MUNTAH!!!!


muntah bukan sekali dua tapi muntah aku lebih dari 20 kali...tak pernah ini terjadi kepada diri aku...huhhu..last aku muntah-muntah ni time g BANDUNG-JAKARTA...perittt siot muntaah2 ni....mmg pening semua adalah.....rasa tak tahan gila....sampai satu ketika aku rasa pening sangat....sampai la satu detik 

AKU PENGSAN!!


ye..aku xsedar...aku sedar ketika siva menampar muka aku(nasib baik xkuat sgt..syg jgk siva kat aku..hehehe)....tp masa tu MA,nurse,semua dah datang...aku jadi lembik....perut sakit sangat....mulut nak muntah g...sblm g PKU....aku muntah lagi....mmg tak tahan sangat.... diorng pun angkat aku la p PKU..(maafla aku tau aku berat,sian org yg angkat aku tu...uhuhuhu).... sampai sana....semua dtg check akula....ambik tekanan darah n ambik darah aku...aku dgrla...doktor cakap..semua normal....tp masa sama aku nak muntah g....n aku muntah la lg...pa g...huhuhuhu.....MUNTAH je la...kerongkong rasa pahit sangat....huhuhuhu :(

MA....bebel la kat aku..cakap aku DIET!ye aku DIET....dia marah aku sbb xmakan...en....saya makanlah cuma......hurmmm....saya ambik ubat kurangkan makan je...terussss kena bebal g..huhuhuhu....en MA cakap

TAK PE GEMUK TIADA PENYAKIT DARI KURUS ADA PENYAKIT....

ayat ni membuatkan aku diam seribu bahasa....ha..part paling best..aku kena cucuk..tp cucuk kat punggung babe......hahaha...pertama kali kot tp rasa time baby dl ada kot....hahahaha.....maaf terlebih plak...aih....so pas kena ubat tu..aku rasa perut xsakit sgt dah...mulut pun xrasa nak muntah dah...so aku pun balikla...naik opis mpp kena bebel la ngn kawan2 plak..tp aku tau depa sygkan aku.... :).... disebabkan kena cucuk..aku mengantukla....tidola aku disofa opis.....sedar2..aku still pening.... tp sbb rasa nak balik bilik..aku gagahi...

jadi..korang jgn jadi mcm aku...FANATIK nak DIET...tp xkurus2 pun..huhuhu...aku boleh xmakan...tp jgn xmakan..nnt jadi mcm aku..tido kurang...makan xteratur...huhuhuhu.......tp skrng aku dah sihat sikit..xtaula sok mcm na...ubat nurse n MA dah bg....TERIMA KASIH kepada yang ambik berat dan merawat saya hari ini... :)

Sunday, October 9, 2011

sabah bah..

kemungkinan org ingat aku ke sabah kan?aku tak g la...cuma aku dapat hadiah dari seorang sahabat...hadiah dari sabah...terima kasih kepada tuan punya diri...hihihi..sapa orang tu??biarlah rahsia...mmgla teringin nak g sabah..tapi belum ada rezeki lagi..orang cakap sabah cantik..sejuk...bila la nak dapat g kan...hhohoho...xpela..p2 pun dapat hadiah dari sabah pun dah cukup baik...if xdapat xtau la mcm na.....hihihihi....merasa jgk la.... :P

korang mesti nak tahukan aku dapat pe???ala..besa2 je..selalu orang akan bg pe??ha...benda tu la semua orang akan bg...hahaha....tapi aku dapat 4 barang/jenisla....

1. t-shirt la...

2.keychain love sabah...


3. keychain ketammm...

4.kerongsang mutiara sabah...oooo....


cantik x???mstla cantikkan???

terima kasih kepada pemberi..jika p mana2 g jgn la lupakan sy ye..hihihi :p

P/S:menunggu seseorang memberi hadiah..toink2x~~

Sunday, September 25, 2011

MJM 2 2011


MJM 2
22 sept - 24 sept 2011

jom tengok gambar diorang ni..


Monday, September 12, 2011

MJM 2011



MJM 2011
6-10 Sept. 2011
Universiti Malaysia Terengganu

my team : UNIT PENGINAPAN

bersama ketua fakulti FMSM

bersama MPP UMT


Slot Ramah Mesra


Slot LDK

Slot Kenali Kolej

bersama beberapa fasi MJM 2011

berakhir sudah MJM 2011..
banyak yang telah dipelajari dan di hayati sepanjang MJM 2011
bermula dari pendaftaran pelajar baru dan berakhir dengan Malam Tautan MJM 2011.

pelbagai aktiviti kepada pelajar baru
1. LDK
2. CERAMAH NGO
3. SUKAN
4. KEBUDAYAAN
5. KESIHATAN
6.AKADEMIK
7.KOKURIKULUM
dan sebagainya.

MJM 2011 dibantu oleh fasi-fasi yang mempunyai komitment yang sangat tinggi
SYABAS FASI-FASIKU...
Jasa kalian aku tidak mampu membalas..
MJM 2011
MJM TERBAEKKK!!!!

kepada pelajar baru selamat datang ke umt dan selamat belajar.
pelajar senior teruskan impian anda..
Belajar terus belajar
demi diri,keluarga,negara :)

P/S:Pesta Konvo menantiku... :)


Tuesday, August 30, 2011

raya ku rai,merdeka ku hayati

tengok tajuk aku
sama tak ngn RTM..
hahahaha....samakn???
okla tu..tahun ni raya ada 2 mood
1.mood raya
2.mood merdeka

mood raya:
RAYA!RAYA!RAYA!

mmgla ada mood raya tapi yg xdak moodnya aku dah xdpt duit raya..
huwwwaaaaaaahhhh :((
sedih sgt....
nampak sgt aku dah makin tua kan??
aku tak dapat nak makan banyak2 mcm dulu..
sbb still on diet okk..hahahahahha

in purple mood....

mood merdeka:

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!
selamat hari merdeka yang ke 54!!
saya bangga menjadi anak malaysia!!
semoga negara kita kekal aman selamanya..
AMIN!INSYAALLAH!


Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri


sok akhir terakhir kita posa untuk thn ni..
pelbagai dugaan dan rintangan yang ditempuh
menguji keimanan,ketaqwaan kepada ALLAH...

dikesempatan ini
saya NORBAKYAH JABAR
ingin memohon kemaafan sekiranya
ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita
terguris perasaan,tertinggi suara dan lain-lain
saya insan yang lemah yang inginkan perubahan untuk kebaikkan.
Semoga syawal yang bakal kita lalui ini menjadi laluan untuk kita bermaaf-maafan!

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN


p/s:tak ada duit raya ok?

Saturday, August 27, 2011

P U R P L E

dah nak dekat raya ni..
lagi 2hari mcm tu nak raya..
tp....
sedih juga akan meniggalkan ramadhan...
sekarang semuatgh sibuk nak uat kuih rayala...
beli baju rayala...
aku???
tahla..hahaha....ada2..
u all pakai bj warna pa???
mst ada yg kuning..cokelat...n pe2 je kan....
tp bg aku tahu ni adalah
PURPLE...


purple...
warna tahun ni kot...
MPP pun purple...
FELO pic ramai2 pakai baju purple...
baju RAYA pun purple....
wahhhh...semua purple la...

p/s:nasib baik umah aku xwarna purple!


Thursday, August 25, 2011

aku dan mereka


rini aku nak balik kampung...
yeaaaaaahhhhhhaaaaa......
aku xmau tido if aku tido mst aku terlepas flight..
flight awal pg ni....
huhuhu...
tp xpe....

KL!!!IM COMINGGGGGG!!!
hahahaha....
mcm xpenah g kan...
tp nak g beli baju raya yg xpenah...
kawan aku MEL nak bawa aku g JLN TAR yg famous tu....

eh berbalik kepada cter aku dan mereka...
td jam 8mlm aku keluar bersama mereka..
MUS,SHUAN,FARISHA,ZAKUAN
g KT la...mana g la aku nak p kan....
1st time aku keluar ngn mereka
tapi mereka sangat bestttt.....
sangat sporting sampai semua tempat nak tangkap gambar...
lalalalala..... :)
zakuanshuenaku
musfarisha

AKU DAN MEREKA

p/s:Jom sahur dan kemas beg..udah mahu pulang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...